Tuesday 30 September 2014

Dato Haji Ramly Mokni (Pengasas Ramly Burger)





Saya memilih beliau sebagai usahawan Malaysia yang berjaya kerana kecekalan beliau memulakan perniagaan dari bawah secara kecil-kecilan. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial

LATAR BELAKANG           
Nama : Dato’ Haji Ramly Bin Mokni
Tempat Lahir : Sekinchan, Selangor
Status : Berkahwin
·   Puan Hajjah Shala Siah Bt Abdul Manap (Isteri)
·   Siti Hazira Binti Ramly (Anak)
· Zura Shedy Binti Ramly (Anak)
·  Hayu Hafiiz Binti Ramly (Anak)
Mula Berniaga : Tahun 1984

Pencapaian : Beberapa kali pernah memenangi Anugerah Usahawan Terbaik Malaysia
Hasil :  Mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur


PERMULAAN DAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN BELIAU

Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd. telah didaftarkan penubuhannya  pada 13 Julai 1984 dan telah beroperasi dengan jayanya selama 25 tahun di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Syarikat ini menjalankan operasi memproses dan mengeluarkan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut seperti  burger, nuget, sosej dan lain-lain.

Haji Ramli Bin Mokni, pemilik syarikat ini, berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial.Bermula dengan pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982, syarikat kini telah berkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd. 
Syarikat telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank Pembangunan atas kecermelangan prestasi iaitu Anugerah Projek Terbaik (1982), Anugerah Pelanggan Pembangunan (1984) dan Anugerah Usahawan Jaya (1992). 


Pada 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang ini dan penggunaan teknologi yang lebih baik juga dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 3 kali ganda. Di samping mempertingkatkan pengeluaran dan dalam waktu yang sama kualiti produk menjadi keutamaannya.

Penggunaan teknologi mesin dari awal proses hingga akhir dengan tenaga kerja yang berkemahiran dalam pengendalian mesin dijangka mampu memastikan matlamat syarikat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. SME Bank telah meluluskan pembiayaan syariah kepada Ramly Food Processing Sdn. Bhd. bagi membiayai kos pembelian bahan mentah syarikat ini. Produk-produk syarikat ini telah dikenali ramai dan berkualiti tinggi. Syarikat ini merupakan syarikat Bumiputera terkemuka yang telah mencipta nama dalam industri makanan sejuk beku di negara ini.



Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.

Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.
ANTARA PRODUK RAMLY DI PASARAN:


















No comments:

Post a Comment