Sunday 2 November 2014

ARTIKEL MENARIK TENTANG KEUSAHAWANAN

3.0 Skim Pembiayaan Premis Perniagaan(SME BANK)

Saya memiih website ini sebagai artikel yang menarik kerana ia adalah salah satu proses permulaan sesuatu perniagaan. Seperti yang diketahui SME BANK ialah sebuah institusi kewangan khusus yang memenuhi keperluan; penanda aras antarabangsa untuk memupuk kecemerlangan PKS.

Untuk lebih lanjut sila ke

Sunday 12 October 2014

ARTIKEL MENARIK TENTANG KEUSAHAWANAN



2.0 Artikel di Kosmo! – Pengalaman Usahawan Muda Malaysia Memborong di Guangzhou, China



Melalui artikel ini kita dapat lihat dengan memborong segala jenis barang sekalipun  akan membuatkan kita menjadi usahawan yang berjaya.
Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.

Beliau mengendalikan “Kursus Borong China” dan juga menganjurkan “Rombongan Memborong ke China” untuk membuka jalan untuk kita secara bersama dapat memborong terus dari sumber, tidak kira sumber itu dari China, Vietnam, India, Korea atau mana-mana negara lain.

Sehingga kini beliau telah melatih hampir 200 orang pemborong Melayu dan terdapat kira-kira 40 orang pemborong yang boleh dikatakan telah berjaya memborong dari China dengan kuantiti yang banyak.

Apa yang mereka dapat pelajari ialah bagaimana pesanan dan penhantaran dibuat, pengalaman memilih variasi  produk dan lain-lain.


Thursday 9 October 2014

Artikel menarik tentang keusahawanan


1.0 Usahawan Melayu jangan terlalu bergantung kepada status ‘Bumiputera’ — Rafidah Aziz


Ulasan tentang artikel ini Mantan  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mengatakan usahawan melayu tidak seharusnya bergantung kepada status Bumiputera dalam dunia perniagaan yang kompetitif pada masa kini. Usahawan Melayu harus bangkit memulakan perniagaan mereka dengan mengambil tindakan yang lanjut untuk mengembangkan perniagaan dalam pasaran luar.

Mereka harus peka dengan segala jenis badan yang berdaftar untuk menolong perniagaan mereka seperti Perjanjian Perdagangan Antarabangsa (FTA) ASEAN untuk memasarkan produk ke pasaran serantau dan antarabangsa,

“Oleh itu, usahawan perlu menggunakan FTA sebagai peluang meluaskan perniagaan, bukan sebagai penghalang,” kata Rafidah dalam seminar “Inovasi dan Transformasi PKS Menuju Pasaran Global”, di sini, hari ini


Melalui artikel ini usahawan melayu dapat meluaskan perniagaan mereka dari pelbagai aspek dengan mendapatkan bantuan seperti di atas. 

Tuesday 30 September 2014

Dato Haji Ramly Mokni (Pengasas Ramly Burger)





Saya memilih beliau sebagai usahawan Malaysia yang berjaya kerana kecekalan beliau memulakan perniagaan dari bawah secara kecil-kecilan. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial

LATAR BELAKANG           
Nama : Dato’ Haji Ramly Bin Mokni
Tempat Lahir : Sekinchan, Selangor
Status : Berkahwin
·   Puan Hajjah Shala Siah Bt Abdul Manap (Isteri)
·   Siti Hazira Binti Ramly (Anak)
· Zura Shedy Binti Ramly (Anak)
·  Hayu Hafiiz Binti Ramly (Anak)
Mula Berniaga : Tahun 1984

Pencapaian : Beberapa kali pernah memenangi Anugerah Usahawan Terbaik Malaysia
Hasil :  Mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur


PERMULAAN DAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN BELIAU

Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd. telah didaftarkan penubuhannya  pada 13 Julai 1984 dan telah beroperasi dengan jayanya selama 25 tahun di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Syarikat ini menjalankan operasi memproses dan mengeluarkan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut seperti  burger, nuget, sosej dan lain-lain.

Haji Ramli Bin Mokni, pemilik syarikat ini, berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial.Bermula dengan pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982, syarikat kini telah berkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd. 
Syarikat telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank Pembangunan atas kecermelangan prestasi iaitu Anugerah Projek Terbaik (1982), Anugerah Pelanggan Pembangunan (1984) dan Anugerah Usahawan Jaya (1992). 


Pada 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang ini dan penggunaan teknologi yang lebih baik juga dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 3 kali ganda. Di samping mempertingkatkan pengeluaran dan dalam waktu yang sama kualiti produk menjadi keutamaannya.

Penggunaan teknologi mesin dari awal proses hingga akhir dengan tenaga kerja yang berkemahiran dalam pengendalian mesin dijangka mampu memastikan matlamat syarikat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. SME Bank telah meluluskan pembiayaan syariah kepada Ramly Food Processing Sdn. Bhd. bagi membiayai kos pembelian bahan mentah syarikat ini. Produk-produk syarikat ini telah dikenali ramai dan berkualiti tinggi. Syarikat ini merupakan syarikat Bumiputera terkemuka yang telah mencipta nama dalam industri makanan sejuk beku di negara ini.



Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.

Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.
ANTARA PRODUK RAMLY DI PASARAN:


















Monday 29 September 2014

Rozita Ibrahim- Pengasas Sendayu Tinggi Sdn.Bhd





Saya memilih beliau sebagai salah satu usahawan yang berjaya kerana kecekalan beliau meneruskan hidup dan salah seorang wanita usahawan yang berjaya
Latar Belakang
Nama beliau ialah Rozita bt Ibrahim yang dilahirkan di Sungai Besar, Selangor. Bapa beliau ialah sorang guru sekolah agama dan ibunya ialah suri rumah. Pada usia 18 tahun, beliau terpaksa berkahwin dan menempuhi perceraian dan membesarkan anak-anaknya seorang diri. Lebh seram lagi, salah satu anak mereka jatuh sakit dan meninggal dunia kerana tidak dapat rawatan sewajarnya. Pelbagai pekerjaan telah ditempuhi tetapi masih tidak mampu untuk menampung diri dan keluarga.
Akhirnya, dia menghabiskan beratus ringgit yang akan dimulai dperumusan kesihatan berasaskan HERBA sehinggalah dapat mencipta produk yang diberi nama SENDAYU TINGGI.
Pembangunan dan Perkembangan Perniagaan
Bermula dengan manjadikan diri sendiri sebagai bahan ujikaji seterusnya menubuhkan syarikat pada tahun 1997 dan bertapak secara meluas sekitar tahun 1999, sekali lagi beliau mancipta revolusi kecantikan dan berpaling arah dalam meliasasikan kecantikan wanita. Pada hari ini produk Sendayu Tinggi kini memiliki tempat di pasar, termasuk di luar Brunei, Singapura dan banyak lagi. Pada tahun 2005, hanya terdapat pengedar yang sah. Beberapa pengedar Sendayu Tinggi di Kuala Lumpur juga telah mencatat penjualan sampai memcecah RM1 juta sebulan!!
Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea

Bukan setakat perniagaan menjual herba semata namun wanita ini lebih suka mendekatkan diri dengan masyarakat dengan berkongsi pelbagai petua kecantikan , pantang larang, kebahahgiaan rumahtangga serta membina keyakinan diri untuk wanita. Puteri sulungnya juga turut mempunyai syarikat sendiri dalam bidang tekstil. Apabila disentuh dengan matlamat dalam perniagaan, Rozita menjelaskan:

Dunia perniagaan seperti dalam pertempuran. Kemenangan adalah matlamat. Azam sentiasa digenggam. Dalam konteks perniagaan, pasti ada keuntungan pun begitu, saya ingin memberikan kualiti yang terbaik kepada pengguna

Syarikat Sendayu Tinggi mempunyai pelbagai syarikat dari pelbagai sektor seperti:
       1.     SENDAYU TINGGI HOLDINGS SDN. BHD.
2.      SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN. BHD.
3.      SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN. BHD.
4.      ST COSMETICS & FRAGRANCES (M) SDN. BHD.
5.      ST ADVERTISING AGENCY SDN. BHD.
6.      C MAX EXHIBITION & PROMOTION
7.      ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
8.      SENDAYU TINGGI PROPERTIES & MANAGEMENT SDN. BHD.
9.      SENDAYU TINGGI LOGISTIC (M) SDN. BHD
10.  SENDAYU TINGGI MANUFACTURING (M) SDN. BHD.

Thursday 25 September 2014

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary- Jutawan Dermawan

Salah seorang usahwan Malaysia yang berjaya ialah:

        Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

 


Saya memilih beliau sebagai usahwan contoh kerana beliau telah memberi banyak inspirasi kepada masyarakat dan juga saya. Sifat-sifat murni beliau dijadikan sebagai contoh untuk berjaya di dunia dan akhirat.  Beliau dikenali dengan sikap rendah diri yang bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Sikap beliau yang sentiasa tidak pernah beruas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya untuk menjadi lebih baik.

       Selain itu, beliau digelar ‘Jutawan Dermawan’ kerana sifat pemurah beliau. Penubuhan Yayasan Al-Bukhari adalah sebagai matlamat untuk memenuhi impian orang tuanya, terutama ibu yang mendidik beliau mencari rezeki bukan sahaja untuk diri sendiri tapi membangunkan ummah dan membantu orang miskin. Walaupun tidak dapat peluang melanjutkan pelajaran, beliau sedar kejayaannya pada hari ini kerana berjaya dalam bidang perniagaan. Oleh kerana kesedarannya itu, beliau terfikir untuk memberi budak kampong yang miskin dan kurang cerdik mengikuti tuisyen secara percuma.

LATAR BELAKANG
v  Syed Mokhtar  dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Beliau tidak sempat mengambil peperiksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.
v  Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik dan beliau adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Beliau diasuh oleh ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang miskin.
v  Berkahwin dengan Sharifah Zarah dan mempunyai tujuh orang anak.
PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN PERNIAGAAN:
Beliau bermula dengan perniagaan runcit:
·         Permulaan dengan menolong ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi berhadapan dengan wabak kaki dan mulut dan sejak itu terus meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun.

·         Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.

·         Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara(LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama,Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru
Seterusnya dengan beberapa Syarikat Usahasama
Bukhary Sdn.Bhd
·         Menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina iaitu Ng Ghiak Gee(pedagang beras) dan Chua Chong Tan(pengilang beras). Syed Bukhari memegang 52% saham dan dua rakannya memegang 32% dan 16%. Syarikat ini dinamakan Bukhary Sdn.Bhd pada Julai 1976 dan beroperas di Jalan Telok Wan Jah. Di sini beliau memulakan perniagaan gula dan kini mencecah RM250 JUTA!!
            Bukhary(kl) Sdn.Bhd
·         Ditubuhkan pada 1977, dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikt ini diberikan kontrak untuk membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan minyak sapi kepada kerajaan.
PENSWASTAAN PELABUHAN
Bukhari Shipping
·         Sebagai broker kapal di bawah poilisi CABOTAGE dari Perbendaharaan Malaysia.
·         Memiliki sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pda harga USD 1 juta yang diberi nama ‘Angsa Mas’.

TOKOH MAAL HIJRAH 2008
·         Diumumkan sebagai tokoh maal hijrah peringkat kebangsaan

·         Menerima hadiah berupa piala, pingat dan wang tunai RM80 000

Saturday 20 September 2014

Peranan dan Kepentingan Usahawan

Peranan usahawan:

Menyumbangkan Idea dan Pembaharuan
konteks perhubungan usahawan dengan firmanya, usahawan adalah sumber utama idea dan pembaharuan. Idea dan pembaharuan tidak semestinya terlalu unik, peningkatan daripada idea yang sedia ada juga merupakan sesuatu yang bernas. Untuk memainkan peranan ini usahawan harus sentiasa berpemerhatian dan berfikiran terbuka.


Merancang
idea dan penyerlahan peluang, usahawan merancang. Perancangan strategic harus mengambilkira apa yang ada, yang tiada dan yang bakal ada. Perancangan menentukan apa yang diperlukan. Oleh itu penggembelingan faktor pengeluaran, harta, tenaga dan modal harus menyusul.


Mengurus / Mengeluar / Mengedar / Menanggung Risiko
Sumber-sumber seterusnya diurus, dikeluarkan hasil dalam bentuk barangan atau perkhidmatan dan diedar. Penentuan hasil pengeluaran dan sasaran pasaran amat penting. Sepanjang usaha usahawan itu, dari mula terbitnya idea hingga ke penawaran barangan atau perkhidmatan, ianya tidak dapat lari dari berbagai ketidakpastian dan inilah yang dikatakan risiko. Sebaik mana sekalipun perancangan, kekuasaan manusia memang terbatas. Risiko-risiko yang banyak dan kadang-kadang tidak terduga adalah menjadi tanggungan usahawan.

Kepentingan usahawan:

  1. Peluang untuk mengawal nasib sendiri:
 Peluang memiliki perniagaan sendiri sememangnya impian bagi setiap individu yang bergelar usahawan. Usahawan yang memiliki perniagaan sendiri bebas memainkan peranan dalam usaha untuk mencapai matlamat peribadi. Sekira ia ingin berjaya dalam hidup ia boleh berusaha dengan lebih gigih lagi. Misalnya seorang usahawan yang memerlukan modal tambahan modal untuk membesarkan perniagaannya, ia boleh bekerja lebih masa dan menjual barang dengan harga yang lebih murah supaya ia mendapat jualan yang lebih banyak dan keuntungan dapat ditingkatkan. Berbagai cara dapat dilakukan oleh seorang usahawan bagi mengawal nasibnya.

  1. Peluang untuk mencapai potensi sebenar: 
Untuk mencapai matlamat yang diimpikan seorang usahawan harus menggunakan semua potensi, kemahiran dan ketrampilan yang dimiliki untuk menghadapi sebarang halangan dan rintangan untuk mencapai hasratnya. Disini juga ia akan bertindak diluar jangkaannya sendiri. Tercapai atau tidak matlamat selalunya tidak begitu penting setelah ia berusaha melakukan yang terbaik. Ia akan berpuas hati dan merasa gembira apabila segala potensi yang ada telah digunakan.

  1. Peluang untuk memperolehi keuntungan:
 Mendapat untung sememangnya adalah salah satu matlamat seorang usahawan dalam menjalankan perniagaan. Pulangan selalunya menjadi ganjaran kepada usaha yang gigih. Dalam banyak keadaan keuntungan menunjukkan kejayaan dan mencerminkan kerajinan, kepintaran dan kreativiti terhadap perniagaannya.

10 Senarai Usahawan Melayu Terkaya di Malaysia Pada Tahun 2013

1. Syed Mokhtar Al Bukhari
syed-mokhtar-albukhary


  • Pengasas Yayasan Al Bukhary
  • Jumlah kekayaan: $2.75 billion
2. Shahril & Shahriman Shamsuddin

  • Adik-beradik yang menjalankan perniagaan dalam industri gas dan petroleum
  • Jumlah kekayaan: $1.05 billon
3. Mokhzani Mahathir
Dato_-Mokhzani-Mahathir
  • Datuk Mokhzani Mahathir merupakan anak kedua mantan Perdana Menteri Malaysia (Tun Mahathir Mohamad), yang menjalankan perniagaan dalam industri gas dan petroleum
  • Jumlah kekayaan: $980 juta
4. Azman Hashim
Azman Hashim
  • Tan Sri Azman Hashim merupakan tokoh industri perbankan Melayu yang paling berjaya di Malaysia
  • Merupakan Pengerusi Ambank Group pada Julai 1939, yang merupakan bank ke-5 terbesar di Malaysia
  • Jumlah kekayaan: $810 juta
5.Kamarudin Meranun
Kamarudin Meranun
  • Datuk Kamarudin Meranun merupakan tokoh terkemuka dan antara pemegang saham serta pengasas bersama dalam syarikat penerbangan Air Asia
  • Timbalan Pengarah Eksekutif Air Asia Berhad sejak Disember 2011
  • Jumlah kekayaan: $635 juta
6.Ahmayuddin Ahmad
  • Beliau merupakan pengasas bersama  yang memegang saham sebanyak 17% dalam Westport Malaysia, terminal terbesar di Pelabuhan Klang
  • Jumlah kekayaan: $315juta

7.Eleena  Azlan Shah
Raja Eleena
  • YAM Raja Eleena Sultan Azlan Shah merupakan anak perempuan Sultan Perak
  • Pengarah Syarikat Gamuda yang merupakan syarikat pembinaan terbesar di Malaysia.
  • Jumlah kekayaan: $200 juta
8.Abdul Hamed Sepawi
Abdul Hamed Sepawi
  • Merupakan antara tokoh dalam industri pembalakan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan hutan
  • Jumlah kekayaan: $167 juta
9.Nazir Razak
Nazir Razak
  • Dato Seri Mohd Nazir Razak merupakan anak kedua kepada Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak dan merupakan adik kepada Perdana Menteri Malaysia kini, Datuk Najib
  • Jumlah kekayaan: $147 juta
10.Hamdan Mohamad
Hamdan Mohamad
  • Merupakan tokoh usahawan melayu  yang berjaya menembusi pasaran antrabangsa dalam industri pembinaan dan infrastruktur
  • Jumlah kekayaan: $145 juta