Saya memilih beliau sebagai
usahawan Malaysia yang berjaya kerana kecekalan beliau memulakan perniagaan
dari bawah secara kecil-kecilan. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan
kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap
komersial
LATAR
BELAKANG
Nama : Dato’ Haji Ramly Bin Mokni
Tempat Lahir : Sekinchan, Selangor
Status : Berkahwin
· Puan Hajjah
Shala Siah Bt Abdul Manap (Isteri)
· Siti Hazira
Binti Ramly (Anak)
· Zura Shedy
Binti Ramly (Anak)
· Hayu Hafiiz
Binti Ramly (Anak)
Mula Berniaga : Tahun 1984
Pencapaian : Beberapa kali pernah memenangi Anugerah
Usahawan Terbaik Malaysia
Hasil : Mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di
Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS,
Mukim Batu, Kuala Lumpur
PERMULAAN DAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN BELIAU
Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd. telah
didaftarkan penubuhannya pada 13 Julai 1984 dan telah beroperasi dengan
jayanya selama 25 tahun di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras,
Kuala Lumpur. Syarikat ini menjalankan operasi memproses dan mengeluarkan
produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut seperti burger,
nuget, sosej dan lain-lain.
Haji Ramli Bin Mokni, pemilik syarikat ini,
berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang ini. Bermula dengan pengeluaran
secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan
perniagaan ini ke tahap komersial.Bermula dengan pinjaman yang kecil dari Bank
Pembangunan pada tahun 1982, syarikat kini telah berkembang dan membesar kepada
syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikat iaitu Ramly
Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart
Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd.
Syarikat telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga
kali oleh Bank Pembangunan atas kecermelangan prestasi iaitu Anugerah Projek Terbaik (1982), Anugerah Pelanggan
Pembangunan (1984) dan Anugerah Usahawan Jaya (1992).
Pada 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. membuat
pelaburan menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian
IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang ini dan penggunaan teknologi
yang lebih baik juga dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 3 kali
ganda. Di samping mempertingkatkan pengeluaran dan dalam waktu yang sama
kualiti produk menjadi keutamaannya.
Penggunaan teknologi mesin dari awal proses hingga
akhir dengan tenaga kerja yang berkemahiran dalam pengendalian mesin dijangka
mampu memastikan matlamat syarikat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. SME
Bank telah meluluskan pembiayaan syariah kepada Ramly Food Processing Sdn. Bhd.
bagi membiayai kos pembelian bahan mentah syarikat ini. Produk-produk syarikat
ini telah dikenali ramai dan berkualiti tinggi. Syarikat ini merupakan syarikat
Bumiputera terkemuka yang telah mencipta nama dalam industri makanan sejuk beku
di negara ini.
Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai
anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar
ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini
beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini
bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan
pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan
kontena sejukbeku digunakan.
Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah
didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di
Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian
Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan
khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan
orang awam.
ANTARA PRODUK RAMLY DI PASARAN: