1.0 Usahawan
Melayu jangan terlalu bergantung kepada status ‘Bumiputera’ — Rafidah Aziz
Ulasan tentang artikel ini Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Tan Sri Rafidah Aziz mengatakan usahawan melayu tidak seharusnya bergantung kepada
status Bumiputera dalam dunia perniagaan yang kompetitif pada masa kini.
Usahawan Melayu harus bangkit memulakan perniagaan mereka dengan mengambil
tindakan yang lanjut untuk mengembangkan perniagaan dalam pasaran luar.
Mereka harus peka dengan segala jenis badan yang
berdaftar untuk menolong perniagaan mereka seperti Perjanjian Perdagangan
Antarabangsa (FTA) ASEAN untuk memasarkan produk ke pasaran serantau dan
antarabangsa,
“Oleh itu, usahawan perlu menggunakan FTA sebagai
peluang meluaskan perniagaan, bukan sebagai penghalang,” kata Rafidah dalam
seminar “Inovasi dan Transformasi PKS Menuju Pasaran Global”, di sini, hari ini
Melalui artikel ini usahawan melayu dapat meluaskan
perniagaan mereka dari pelbagai aspek dengan mendapatkan bantuan seperti di
atas.
No comments:
Post a Comment