Salah seorang usahwan
Malaysia yang berjaya ialah:
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

Saya
memilih beliau sebagai usahwan contoh kerana beliau telah memberi banyak
inspirasi kepada masyarakat dan juga saya. Sifat-sifat murni beliau dijadikan
sebagai contoh untuk berjaya di dunia dan akhirat. Beliau dikenali dengan sikap rendah diri yang
bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Sikap beliau yang
sentiasa tidak pernah beruas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha
keras untuk memperbaiki taraf hidupnya untuk menjadi lebih baik.
Selain itu, beliau digelar ‘Jutawan Dermawan’ kerana sifat pemurah beliau.
Penubuhan Yayasan Al-Bukhari adalah sebagai
matlamat untuk memenuhi impian orang tuanya, terutama ibu yang mendidik beliau
mencari rezeki bukan sahaja untuk diri sendiri tapi membangunkan ummah dan
membantu orang miskin. Walaupun tidak dapat peluang melanjutkan pelajaran,
beliau sedar kejayaannya pada hari ini kerana berjaya dalam bidang perniagaan.
Oleh kerana kesedarannya itu, beliau terfikir untuk memberi budak kampong yang
miskin dan kurang cerdik mengikuti tuisyen secara
percuma.
LATAR
BELAKANG
v Syed
Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada
tahun 1951. Beliau tidak
sempat mengambil peperiksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran
peperiksaan.
v Beliau
mempunyai tujuh orang adik beradik dan beliau adalah anak yang ketiga. Tan Sri
Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya tidak mempunyai katil,
meja mahupun kerusi. Beliau diasuh oleh ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamed
Rahmat untuk menderma
kepada orang miskin.
v Berkahwin dengan Sharifah
Zarah dan mempunyai tujuh orang anak.
PEMBANGUNAN DAN
PERKEMBANGAN PERNIAGAAN:
Beliau bermula dengan perniagaan
runcit:
·
Permulaan dengan menolong ibunya menanam
sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Seterusnya menjual roti canai
di pasar Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga membantu bapanya menternak lembu dan
kerbau tetapi berhadapan dengan wabak kaki dan mulut dan sejak itu terus meninggalkan
bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan
kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun.
·
Pada 1972, beliau mendapat permit bagi
empat buah lori Kelas A dan meminjam RM110,000 daripada MARA untuk
membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan
Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan
melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan
untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki
lebih daripada 40 buah lori.
·
Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah
kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli
dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).Pada
1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras
daripada Lembaga Padi Negara(LPN) yang
kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi
membekalkan beras ke pihak FELDA,
MARA Senama,Pernas Edar dan
juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan
melaksanakan Dasar Ekonomi Baru
Seterusnya dengan beberapa Syarikat
Usahasama
Bukhary Sdn.Bhd
·
Menubuhkan syarikat usaha sama dengan
dua orang peniaga Cina iaitu Ng Ghiak Gee(pedagang beras) dan Chua Chong Tan(pengilang
beras). Syed Bukhari memegang 52% saham dan dua rakannya memegang 32% dan 16%.
Syarikat ini dinamakan Bukhary Sdn.Bhd pada Julai 1976 dan beroperas di Jalan
Telok Wan Jah. Di sini beliau memulakan perniagaan gula dan kini mencecah RM250 JUTA!!
Bukhary(kl)
Sdn.Bhd
·
Ditubuhkan pada 1977, dibeli melalui
perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikt ini diberikan kontrak untuk membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan minyak sapi
kepada kerajaan.
PENSWASTAAN PELABUHAN
Bukhari Shipping
·
Sebagai broker kapal di bawah poilisi
CABOTAGE dari Perbendaharaan Malaysia.
·
Memiliki sebuah kapal buatan Jerman yang
berusia 28 tahun pda harga USD 1 juta yang diberi nama ‘Angsa Mas’.
TOKOH MAAL HIJRAH 2008
·
Diumumkan sebagai tokoh maal hijrah
peringkat kebangsaan
·
Menerima hadiah berupa piala, pingat dan
wang tunai RM80 000
No comments:
Post a Comment